MAIN PAGE > Terms and Conditions
BERIKUT MERUPAKAN TERMA DAN SYARAT KEAHLIAN :

Sila baca dan fahamkan terma dan syarat berikut yang terpakai terhadap akses anda ke portal www.terengganu.gov.my (selepas ini dirujuk sebagai "Portal") dan penggunaan perkhidmatan seperti yang diperuntukkan (selepas ini dirujuk sebagai "Perkhidmatan"). Anda adalah terikat dengan terma dan syarat berikut sekiranya anda mengakses Portal dan Perkhidmatan. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini anda hendaklah menghentikan akses dan Perkhidmatan ini dengan SEGERA. Akses Portal dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada terma dan syarat berikut pada setiap masa.

1. DEFINISI
"Pengguna Umum Berdaftar" ertinya mana-mana orang yang berdaftar dengan Terengganu.gov.my dan mempunyai ID Pengguna; "Akaun T-eG" ertinya akaun untuk Pengguna Umum yang mendaftar secara "online" di portal www.terengganu.gov.my bagi membolehkan mereka mempunyai akses atau mengguna perkhidmatan internet yang tersedia di Portal tersebut; "ID Pengguna" ertinya nama pengenalan antara 5 - 40 aksara abjad angka (alphanumeric character) yang digunakan oleh Pengguna Umum Berdaftar untuk akses Akaun T-eG mereka; "Kata Laluan" ertinya 5 - 30 aksara abjad angka (alphanumeric character) yang diketahui secara peribadi digunakan bersama ID Pengguna untuk tujuan pengesahan akses Akaun T-eG; "UPMN" ertinya Unit Pengurusan Maklumat Negeri yang mengendalikan Portal www.terengganu.gov.my ini; "Terengganu.gov.my" ertinya portal Kerajaan Negeri Terengganu; "My Page" ertinya laman persendirian Pengguna Umum Berdaftar yang menyenaraikan perkhidmatan-perkhidmatan internet yang ditawarkan oleh Portal www.terengganu.gov.my yang diakses oleh Pengguna Umum Berdaftar mengikut terma dan syarat ditetapkan; "Perkhidmatan Internet" ertinya kemudahan, produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh Terengganu.gov.my dan/atau Jabatan dan Agensi Negeri melalui Portal www.terengganu.gov.my dari semasa ke semasa; "Jabatan dan Agensi Negeri" ertinya pihak yang turut menyediakan kemudahan e-Perkhidmatan dan ePayment melalui Portal www.terengganu.gov.my;

2. ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN
Akaun T-eG diakses dengan menggunakan ID Pengguna (tertakluk kepada perihal tersedia) dan Kata Laluan pilihan anda. Anda bersetuju tidak akan berkongsi ID Pengguna dan Kata Laluan anda dengan mana-mana orang. Anda adalah bertanggungjawab terhadap penggunaan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk apa-apa transaksi berhubung dengan akaun T-eG oleh anda atau mana-mana orang samada orang tersebut mendapat kebenaran anda ataupun tidak. Pihak Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian dan/atau kemudaratan yang anda alami akibat daripada penggunaan tanpa kebenaran atau penyalahgunaan ID Pengguna atau Kata Laluan.

3. PENAMATAN
Kerajaan Negeri Terengganu adalah berhak untuk menamatkan keseluruhan atau sebahagian Perkhidmatan pada bila-bila masa dan atas apa-apa jua sebab pun serta merta tanpa memberi notis kepada anda sekiranya anda telah melanggar mana-mana terma dan syarat ini atau mengingkari hak Kerajaan Negeri Terengganu, pengguna lain, mana-mana pihak ketiga atau melakukan tindakan yang melanggar undang-undang.

4. CAJ/YURAN
Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan mengenakan apa-apa caj bagi akses anda ke Portal atau untuk penggunaan akaun T-eG dan anda bersetuju dan mengakui bahawa Kerajaan Negeri Terengganu berhak dan mempunyai budibicara mutlak untuk mengenakan apa-apa caj bagi Perkhidmatan ini atau mana-mana perkhidmatan lain atau sebahagiannya yang akan dikenakan pada bila-bila masa di masa akan datang. Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah memberikan notis pilihan terlebih dahulu bagi tujuan tersebut. Sebarang caj yang dikenakan oleh pihak bank/payment gateway apabila pemegang akaun membuat pembayaran secara online adalah menjadi tanggungjawab pemegang akaun sendiri.

5. MAKLUMAT SULIT
Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah tidak mengubah atau mendedahkan maklumat sulit melainkan Kerajaan Negeri Terengganu dikehendaki berbuat demikian selaras dengan peruntukan undang-undang atau peraturan untuk melindungi hak dan harta Kerajaan Negeri Terengganu, menguatkuasakan mana-mana terma dan syarat ini dalam memberikan Perkhidmatan kepada anda atau menjawab apa-apa tuntutan yang mana kandungannya melanggari hak pihak lain.

6. HYPER RANGKAI
Hyper rangkai dari atau ke laman web di luar Portal ini hanya bertujuan untuk memudahkan sahaja. Hyper rangkai laman web tersebut dimiliki dan dilaksanakan oleh pihak ketiga yang mana di luar kawalan Kerajaan Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah tidak bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan, pihak ketiga yang dinamakan atau produk dan perkhidmatan mereka yang terkandung di dalam laman web tersebut. Hyper rangkai yang diberikan di dalam Portal ini hendaklah tidak dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan hyper rangkai laman web tersebut atau kandungannya. Penggunaan hyper rangkai ke mana-mana laman web lain adalah atas risiko anda sendiri dan Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian berhubung dengan penggunaan hyper rangkai tersebut.

7. HAK HARTA INTELEKTUAL
Melainkan diperuntukkan sebaliknya, hak harta intelektual terhadap Portal ini isi kandungannya termasuk dan tidak terhad kepada teks, imej, grafik, fail bunyi, fail animasi, fail video dan susunannya adalah harta Kerajaan Negeri Terengganu dan dilindungi oleh undang-undang harta intelektual Malaysia atau antarabangsa yang terpakai. Tiada mana-mana bahagian Portal ini boleh dipinda, disalin, diedarkan, dihantar semula, ditayang, ditonton, dipamirkan, dilaksanakan, dikeluarkan semula, disiarkan, dilesenkan, dipindahkan, dijual atau digunakan secara komersil dalam apa-apa keadaan tanpa kebenaran bertulis Kerajaan Negeri Terengganu. Anda adalah dilarang daripada memasukkan "hyperlink" ke Portal ini pada mana-mana laman web lain, atau meniru apa-apa kandungan Portal ini pada mana-mana 'server'. Mana-mana terbitan, hantaran semula atau cetakan dan pindaan lain kandungan Portal Kerajaan Negeri Terengganu boleh menyebabkan pelanggaran hak statutori atau undang-undang yang mungkin tertakluk kepada tindakan undang-undang. Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab terhadap kesemua liabiliti yang mungkin timbul akibat daripada penerbitan semula yang tidak dibenarkan atau penggunaan kandungan Portal Kerajaan Negeri Terengganu.

8. INDEMNITI
Anda hendaklah dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi sepenuhnya dan tidak melibatkan pegawai Kerajaan Negeri Terengganu, terhadap apa-apa tanggung rugi, kerugian, perbelanjaan dan kos (termasuklah kos perundangan dan perbelanjaan yang telah dibayar) yang mungkin dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung berhubung dengan atau akibat daripada pelanggaran mana-mana terma dan syarat ini oleh anda.

9. PENEPIAN
Di dalam keadaan Kerajaan Negeri Terengganu gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah terma dan syarat ini atas apa jua sebab, ini tidak akan mengenepikan hak Kerajaan Negeri Terengganu untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan mana-mana terma dan syarat ini oleh anda.

10. PENGECUALIAN LIABILITI
Kerajaan Negeri Terengganu dan/atau agennya hendaklah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan terhadap anda yang timbul samada dalam kontrak, tort, kecuaian, "strict liability" atau atas dasar-dasar lain termasuk tetapi tidak terhad kepada langsung atau tidak langsung apa-apa tanggungrugi atau kehilangan keuntungan atau simpanan yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan Perkhidmatan atau ketidakdapatan untuk akses atau mengguna Portal (atau mana-mana "hyperlink" pihak ketiga kepada atau daripada Portal Kerajaan Negeri Terengganu), kepercayaan terhadap maklumat yang terkandung di dalam Portal ini, dan di dalam keadaan perkakasan, perisian gagal berfungsi, gangguan, kesilapan, tertinggal, kelewatan di dalam operasi, virus komputer dan sebagainya. Klausa peruntukan pengecualian ini hendaklah berkuatkuasa setakat dibenarkan di bawah undang-undang.

11. PINDAAN
Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah berhak dan mempunyai budibicara mutlak untuk mengubahsuai (termasuklah menghad, mengganti atau memotong) Portal ini, Perkhidmatan ini dan kandungan atau bahagiannya dan juga berhak untuk menamatkan atau menghad akses dan atau penggunaanya pada bila-bila masa dan notis bertulis berkenaan pindaan atau ubahsuai tersebut akan dimaklumkan kepada anda dalam apa jua bentuk dan cara yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tidak muktamad. Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah mempunyai hak mutlak untuk menambah, membuang atau meminda terma-terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan terlebih dahulu memberikan notis bertulis kepada anda dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

12. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI
Terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan Undang-Undang Malaysia.

13. PENGGUNAAN DATA
Anda mengetahui dan membenarkan Kerajaan Negeri Terengganu mengumpul atau menyimpan apa-apa maklumat peribadi atau apa-apa maklumat tentang anda untuk digunakan dalam Perkhidmatan ini.

14. PENGHANTARAN MELALUI E-MEL ATAU INTERNET
Sekuriti mesej e-mel yang dihantar kepada Kerajaan Negeri Terengganu melalui Internet tidak dapat dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pengguna berhubung dengan penghantaran mesej melalui Internet antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan mereka ataupun sebaliknya. Disebabkan keadaan semulajadi Internet, transaksi mungkin akan tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, penghantaran lewat dan kesilapan penghantaran data. Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan kemudahan komunikasi di luar kawalannya yang mungkin menyebabkan ketepatan dan masa apa-apa mesej atau transaksi yang disalurkan terganggu.

15. GANGGUAN SISTEM KOMPUTER
Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan maklumat yang disalurkan atau apa-apa virus atau harta yang mencampuri dan merosakkan sistem komputer anda. Anda adalah bertanggungjawab secara mutlak untuk perlindungan yang mencukupi dan data sandaran dan/atau peralatan untuk mengimbas virus komputer atau apa-apa harta yang merosakkan. Kerajaan Negeri Terengganu tidak memberikan representasi dan waranti berhubung dengan ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan Portal ini.

16. TERMA DAN SYARAT AM
Tanpa menyentuh dan menjejaskan tafsiran umum dalam terma dan syarat ini, anda bersetuju secara nyata bahawa anda hendaklah menanggung risiko dalam menggunakan Perkhidmatan ini dan menerima tanpa syarat semua risiko yang timbul termasuk secara tidak sengaja akibat daripada penggunaan Perkhidmatan ini. Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tentang terma dan syarat ini, apa-apa maklumat yang terdapat dalam mana-mana risalah berkenaan perkhidmatan ini, versi Bahasa Melayu akan dirujuk.


SILA KEMUKAKAN APA-APA PERSOALAN BERHUBUNG DENGAN TERMA DAN SYARAT INI KEPADA ALAMAT SEPERTI DI BAWAH :

Melalui surat :
UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT NEGERI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU TINGKAT 2, WISMA DARUL IMAN, 20503 KUALA TERENGGANU.

Melalui Telefon : 09-6231957
Melalui Faks : 09-6237485
Melalui E-mel: webmaster@terengganu.gov.my